Sebahagian daripada koleksi taksidermi Institut Biodiversiti Bukit Rengit, Lanchang, Pahang. Untuk pengetahuan dan makluman anda, haiwan-haiwan yang telah diawet haruslah disimpan dalam sebuah bilik khas dan sebaiknya bilik tersebut dilengkapi dengan mesin "humidifier" untuk menyerap kelembapan. Kelembapan merupakan faktor utama yang menyebabkan bahan awetan menjadi rosak, faktor lain yang turut menyebabkan kerosakan ialah makhluk perosak seperti tikus dan kumbang.
Selain daripada awetan kering, haiwan yang telah mati juga boleh diawetkan dengan cara merendamkannya didalam larutan alkohol atau formalin (campuran formaldehid dan air). Kaedah ini dikenali sebagai awetan basah atau "wet mount". Spesimen yang diawetkan dengan formaldehid akan menyebabkan warnanya pudar, DNAnya rosak dan identifikasi spesies melalui "DNA fingerprinting" sukar dilakukan jika dibandingkan dengan awetan yang menggunakan alkohol sebagai media rendaman.

No comments:
Post a Comment
Komen dan kritikan dialu-alukan.