Monday 30 July 2012

Cara Melapah Kulit Arnab Untuk Penyamakkan (Fur Tanning)

Gambarajah berikut menunjukkan bagaimana untuk melapah kulit arnab untuk disamak bulu (fur tanning).
Pemotongan kulit dilakukan untuk mendapatkan bentuk yang hampir sekata dan kelihatan lebih cantik dan berkualiti.



Cara melapah atau mengulit untuk mendapatkan saiz kulit yang sekata,lebar dan berkualiti

Teknik melapah/mengulit yang digunakan kurang baik serta saiz kulit yang diperolehi tidak sekata dan membazir

















 Teknik melapah/mengulit yang baik serta saiz yang diperolehi hampir sekata dan lebar.

Penyamakan Kulit Bulu Arnab (Fur Tanning)

Berikut adalah proses-proses penting dalam penyamakan kulit bulu arnab

1. Melapah (Flaying)
2. Mengulit (Skinning)
3. Menggaram (Salting)
4. Membuang Daging dan Lemak (Fleshing)
5. Merendam (Soaking)
6. Menjeruk (Pickling)
7. Menyamak (Tanning)
8. Menyah asid (Neutralizing)
9. Memecah dan melembutkan gentian kolagen (Breaking)

Kulit-kulit yang telah diasingkan dari isi dibersihkan dengan air yang dicampur dengan bahan disinfektan (seperti Dettol atau Lysol) untuk membunuh normal flora seperti bakteria yang boleh menyebabkan pereputan dan bulu menjadi gugur. Kesan-kesan kotoran seperti darah juga perlu dibersihkan. Darah akan meninggalkan kesan (stain) keatas kulit bulu yang telah disamak.

Menggaram juga penting kerana ia mengurangkan keguguran bulu dan juga mengeraskan isi dan lemak yang masih terlekat pada bahagian kulit dan selain daripada itu ia juga memudahkan kerja-kerja membuang daging dan lemak serta membran yang terlekat pada kulit. Membran inilah yang menyebabkan zat penyamakan gagal menembusi bahagian dermis dengan sempurna dan kulit menjadi keras walapun telah direndam dalam larutan penyamakan dalam jangkamasa yang agak lama. Seeloknya gunakan garam halus biasa (bukan garam yang mengandungi iodin (iodized salt) dalam kuantiti yang banyak. Jangan gunakan garam bukit. Penggaraman dilakukan selama 24-48 jam untuk menyingkirkan air dari kulit dan kulit disimpan di kawasan yang terlindung dari cahaya matahari dan hujan atau di tempat yang mempunyai ventilasi yang sempurna


Proses-proses sebelum penyamakan dilakukan seperti diterangkan diatas amat penting kerana ia akan menentukan hasil penyamakan kulit bulu yang baik dan berkualiti.


     Merendam dan membersihkan kulit daripada kekotoran dan darah

    Menggaram (dengan kuantiti yang banyak sehingga menjadi tepu)

Membuang isi, lemak dan membran yang masih terlekat. Lakukan dengan berhati-hati untuk mengelakan      daripada terkoyak atau akar bulu terdedah.

Selepas proses diatas selesai, rendam semula kulit tersebut untuk menyingkirkan semua garam sebelum direndam dalam larutan jeruk (pickling solution) selama 48 jam dan diikuti dengan larutan penyamak (tanning solution) selama 3-4 hari (bergantung kepada ketebalan kulit). Arnab yang berumur setahun keatas mempunyai kulit yang  agak tebal  (berdasarkan pengalaman saya).

Selepas proses penyamakan selesai atau sempurna, keluarkan kulit arnab tersebut daripada larutan penyamakan dan bilas dengan air biasa atau direndam dalam larutan peneutralan (air yang dicampur dengan sodium karbonat dengan nisbah satu gelen air dgn satu sudu besar sodium karbonat bagi selembar kulit). Kulit juga boleh dineutralkan dengan cara dibilas dengan air biasa berulang kali.

* 1 gelen larutan penyamakan boleh digunakan untuk menyamak 2-3 lembar kulit arnab yang bersaiz sederhana.

Kulit yang telah siap disamak dibiarkan kering pada suhu bilik selama beberapa hari. Apabila air telah tersejat daripada kulit tersebut (lebih kurang 70-80%), proses melembutkan dilakukan dengan menarik kulit tersebut dari pelbagai arah sehingga kering dan menjadi lembut.


Kulit-kulit arnab yang telah siap disamak

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan dengan penyamakan kulit bulu atau fur tanning bagi anda yang berminat, boleh menghubungi saya di talian 06-6770132 (Klinik Veterinar dan Surgeri Norman). Saya juga membekal/menjual bahan kimia untuk penyamakan kulit bulu  (formulasi khas daripada Australia) dan kaedah penyamakan dan bahan kimia yang digunakan tidak mencemar alam sekitar dan tidak berbahaya langsung kepada pengguna dan anda tidak memerlukan sebarang mesin untuk melakukannya sendiri di rumah. Terima Kasih.