Wednesday 26 December 2012

Mengulit Ular Untuk Tanning

Mengulit Ular Sawa Burma (Albino)
Menguliti ular untuk mengasingkan kulit dengan daging perlu dilakukan dengan berhati-hati sekiranya anda menggunakan scalpel. Ini adalah kerana bilah scalpel sangat tajam dan kulit ular mudah terkoyak atau luka. Terdapat 2 jenis kaedah mengulit ular dan ianya bergantung kepada pemilik ular berkenaan bagaimana kulit tersebut akan digunakan atau dipamerkan. 

Kaedah 1: 
Memulakan potongan dari bahagian dorsal (bahagian atas) ular tersebut. Dalam kaedah ini kulit bahagian kepala ular tersebut tidak akan digunakan. Mulakan potongan dari bahagian leher setelah bahagian kepala dipotong dan mulakan pengulitan dari bahagian atas sehingga bawah di sebelah kanan dan dikuti dibahagian kiri pula sehingga kulit tersebut terpisah sepenuhnya dari daging.

Kaedah 2:
Mulakan potongan dari bahagian anal (dubur) ke  bahagian kepala dan mulakan proses pengulitan seperti biasa. Dalam kaedah mengulit ini, semua bahagian akan digunakan untuk tanning. Secara peribadi, saya lebih gemar menggunakan kaedah yang kedua ini kerana corak bahagian dorsal kulit tersebut dapat dipamerkan sepenuhnya termasuklah bahagian kulit kepala ular tersebut.

Nota:
Ular yang dipamerkan dalam gambar diatas dimiliki oleh Reptile World, i-City (mati secara semulajadi bukan ditangkap atau dimatikan)


Struktur dan Lapisan Kulit


Nota : Bahagian daging, lemak, prokolagen dan separuh daripada fiber kolagen  perlu dibuang dan pastikan pada  bahagian corium keatas tidak di buang dan ini boleh menyebabkan bulu gugur (kerana akar bulu/folikel terdedah).

Stretching Frame




"Stretching frame" digunakan untuk merentangkan kulit arnab yang telah disamak untuk meregangkan dan melembut kulit. Kulit arnab tersebut dipakukan pada bngkai ini supaya meregang dan tidak berkedut apabila kering. Bingkai ini diperbuat daripada kayu dan bersaiz 1.5 kaki x 2.5 kaki. Saiz boleh dipelbagaikan bergantung kepada saiz kulit arnab atau haiwan lain yang telah disamak.

Homemade Fleshing Knife

Fleshing knife
"Fleshing knife" merupakan alat atau sejenis pisau yang mempunyai dua mata (tajam dan tumpul). Pisau ini digunakan untuk mengikis daging dan lemak yang masih terlekat pada kulit. Selain daripada itu ia juga boleh digunakan untuk mengikis bulu. Pisau ini memainkan peranan yang penting sekiranya anda ingin melakukan kerja-kerja penyamakan secara komersial dan kerja-kerja membuang bulu, sisa daging dan lemak menjadi cepat dan mudah. Ukuran panjang mata 10 inci, tebal 0.2 inci, dan hulunya 6 inci setiap satu. Untuk membuang lemak, daging dan bulu, hanya bahagian mata yang tumpul digunakan, bahagian tajam digunakan untuk menipiskan kulit.


Friday 21 December 2012

Struktur dan Jenis Bulu


Faktor Kerosakan Kulit

Kerosakan pada kulit adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti parut, cacing, kurap, sengkenit, luka hemoraj, haba, pereputan dan sebagainya. Faktor-faktor inilah yang menyebabkan kulit yang akan di samak tidak berkualiti dan tidak mendatangkan hasil seperti yang dikehendaki. Selain daripada faktor fizikal, umur, jantina dan masa juga memainkan peranan penting. Sebagai contoh, lebih muda haiwan tersebut maka lebih licin dan halus tekstur kulit dan sebaliknya. Secara amnya haiwan betina mempunyai struktur permukaan kulit (grain) yang lebih halus berbanding dengan haiwan jantan. Faktor pemakanan  juga turut mempengaruhi kualiti kulit. Diet yang tidak mencukupi atau tidak seimbang akan menyebabkan kulit menjadi nipis, dan mempunyai struktur tidak kuat manakala diet yang berlebihan pula akan memberikan kulit yang berlemak, berminyak dan juga mempunyai struktur yang lemah. Keadaan kulit yang didapati akan menentukan sebaik mana kualiti kulit tersebut di samak atau diawetkan.

Tuesday 18 December 2012

Jenis-jenis Agen Penyamak (Tannin) dan Ciri-Ciri Kulit




Jenis Tannin


Kegunaan

Warna Kulit


Kelunturan

Ciri-Ciri Kulit

Alum

Paling baik untuk kulit bulu (fur)


Putih

Sedikit Luntur

Sangat lembut

Vegetable

Baik untuk fur
dan sederhana untuk  kulit (leather)


Perang pucat, merah dan kuning

Lambat luntur

Kenyal dan padat

Oil

Kulit lembut

Kuning pucat

Tidak luntur

Sangat lembut dan meregang


Aldehyde

Fur dan kulit lembut


Putih kekuningan

Tidak luntur

Lembut

Synthetic

Fur dan kulit untuk kegunaan khas

Putih atau perang pucat

Tidak luntur

Kenyal, padat dan lembut

Chrome

Kulit yang tahan lasak

Kebiru-biruan

Tidak luntur

Lembut dan kenyal

Monday 17 December 2012

Kategori Kulit Arnab

"Baby Prime" - kulit arnab yang diperolehi dari arnab-arnab yang berumur dari 8 hingga 12 minggu. Kulit-kulit ini walaupun berada dalam keadaan yang baik akan tetapi ianya terlalu nipis, mudah terkoyak dan tidak sesuai dijadikan upholsteri atau barangan seperti beg dan sebagainya. Kulit ini dianggap tidak mempunyai sebarang nilai dalam industri kulit bulu.

"Junior Prime" - kulit arnab yang diperolehi dari arnab yang berumur diantara 12 hingga 15 minggu. Kulit ini  biasanya tidak terlalu nipis danjuga tidak terlalu tebal dan kadangkala digunakan untuk pasaran kulit bulu.

andy norman
Mini Rex  (umur 3 bulan) - Owner: Bsp Rabbitry

                                                             
"Senior Prime" - kulit arnab yang diperolehi dari arnab dewasa yang berumur 16 hingga 18 minggu. Kulit jenis ini paling biasa digunakan dalam industri kulit bulu dan mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam pasaran kulit bulu. 

Netherland Dwarf (umur 6 bulan keatas) - Owner: Bsp Rabbitry