Sunday 15 September 2013

Mengulit Kulit Rusa Menggunakan Rasuk Mengulit

Sebelum ini dalam post yang terdahulu saya telah memuatnaikkan gambar-gambar rasuk mengulit,dan dalam post kali ini saya akan menunjukkan bagaimana cara saya menggunakan rasuk tersebut untuk memudahkan kerja mengulit. Yang paling penting  anda perlu berada pada posisi yang betul dan selesa semasa melakukan proses pengulitan dan belakang tidak sakit jika dibandingkan sekiranya anda melakukannya diatas lantai dalam keadaan mencangkung (lagipun saya tak suka duduk mencangkung).

Kulit rusa bintik yang telah siap di buang daging, lemak dan membran

Kurasi Tulang Rangka Rusa Bintik /Chital (Axis Deer Skeletons Preparation)

Penyediaan tulang rangka ini merupakan projek saya dengan UPSI. Pada mulanya saya cuba mengawet/taksidermi rusa ini, malangnya keadaan kulit yang penuh dengan kesan luka dan parut serta bulu rusa tersebut sudah mula mengalami keguguran (hair slippage), jadi saya syorkan kepada pihak UPSI supaya dilakukan tanning untuk menyelamatkan bulu tersebut dari terus gugur dan membuat penyediaan tulang rangka. Penyediaan tulang rangka agak memakan masa yang lama kerana rusa tersebut perlu dikuliti kulitnya terlebih dahulu dan dagingnya diasingkan dari tulangnya sebelum diperapkan  dengan bahan pengawet untuk membersihkan tulang dari daging  secara menyeluruh sebelum direndam sehingga daging terpisah dari tulang sepenuhnya. Saya menggunakan kaedah  atau teknik dikenali sebagai 'maceration'. Kaedah ini agak cepat jika dibandingkan dengan cara menguburkan tulang tersebut dalam tanah, tapi baunya amatlah tidak menyenangkan saya dan juga jiran tetangga dan juga menarik perhatian anjing liar dan gagak.


Rusa bintik yang telah mati. Saya diberitahu bahawa rusa ini mati disebabkan oleh bergaduh. Sayangnya tanduknya telah dipotong sebelum dihantar kepada saya.


Proses mengasingkan daging dari tulang. Memang rumit dan memakan masa yang lama.


90% daging telah diasingkan dari tulang secara manual
Bahagian kaki yang telah siap diasingkan daging dari tulangnya. Proses pemerapan dilakukan dengan bahan pengawet untuk menanggalkan  lemak dan minyak sebelum direndam untuk proses 'maceration' dilakukan.
Tulang tengkorak dan rahang bawah yang normal



Bahagian rahang bawah yang tidak normal. Terdapat ketumbuhan (tumour) dan tulang tersebut agak reput perlu dilakukan 'reconstruction' untuk kelihatan seperti normal.


Proses 'maceration'
Tulang yang telah siap