Thursday 6 September 2012

Vegetable Tanning

Kulit arnab yang disamak secara semula jadi dengan menggunakan tannin yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan yang tertentu (pokok yang mengandungi tannic dan gallic acid yang tinggi). Kaedah mengawet secara begini memakan masa yang agak lama, sekurang-kurangnya seminggu untuk menyamak selembar kulit arnab. Kepekatan tannin yang digunakan perlu ditingkatkan dari masa ke semasa iaitu pada rendaman pertama kepekatan tannin yang rendah, pada rendaman kedua kepekatan tannin diganda duakan dan rendaman terakhir diganda tiga. Biasanya tiga kali rendaman sudah mencukupi untuk menyamak apa saja jenis kulit haiwan cuma bezanya jangkamasa rendaman bergantung sepenuhnya kepada jenis kulit haiwan dan juga ketebalan kulit. 

Sekiranya kepekatan tannin yang terlalu tinggi digunakan pada rendaman pertama akan menyebabkan kulit tersebut mengalami "case hardening" iaitu kulit tersebut tidak mengalami penyamakan yang sepenuhnya hanya bahagian yang paling luar yang disamak ini dapat dilihat pada tona warna yang tidak sekata iaitu pada bahagian tertentu atau bahagian yang nipis akan berwarna lebih gelap.

Selain daripada itu warna kulit yang disamak juga ditentukan oleh jenis tumbuhan yang digunakan. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan warna yang sekata, saya syorkan  kulit yang direndam hendaklah sentiasa dialihkan atau larutan dikacau sekurang-kurangnya dua kali sehari.