Sebelum ini dalam post yang terdahulu saya telah memuatnaikkan gambar-gambar rasuk mengulit,dan dalam post kali ini saya akan menunjukkan bagaimana cara saya menggunakan rasuk tersebut untuk memudahkan kerja mengulit. Yang paling penting anda perlu berada pada posisi yang betul dan selesa semasa melakukan proses pengulitan dan belakang tidak sakit jika dibandingkan sekiranya anda melakukannya diatas lantai dalam keadaan mencangkung (lagipun saya tak suka duduk mencangkung).
Sunday, 15 September 2013
Mengulit Kulit Rusa Menggunakan Rasuk Mengulit
Kurasi Tulang Rangka Rusa Bintik /Chital (Axis Deer Skeletons Preparation)
Penyediaan tulang rangka ini merupakan projek saya dengan UPSI. Pada mulanya saya cuba mengawet/taksidermi rusa ini, malangnya keadaan kulit yang penuh dengan kesan luka dan parut serta bulu rusa tersebut sudah mula mengalami keguguran (hair slippage), jadi saya syorkan kepada pihak UPSI supaya dilakukan tanning untuk menyelamatkan bulu tersebut dari terus gugur dan membuat penyediaan tulang rangka. Penyediaan tulang rangka agak memakan masa yang lama kerana rusa tersebut perlu dikuliti kulitnya terlebih dahulu dan dagingnya diasingkan dari tulangnya sebelum diperapkan dengan bahan pengawet untuk membersihkan tulang dari daging secara menyeluruh sebelum direndam sehingga daging terpisah dari tulang sepenuhnya. Saya menggunakan kaedah atau teknik dikenali sebagai 'maceration'. Kaedah ini agak cepat jika dibandingkan dengan cara menguburkan tulang tersebut dalam tanah, tapi baunya amatlah tidak menyenangkan saya dan juga jiran tetangga dan juga menarik perhatian anjing liar dan gagak.
Rusa bintik yang telah mati. Saya diberitahu bahawa rusa ini mati disebabkan oleh bergaduh. Sayangnya tanduknya telah dipotong sebelum dihantar kepada saya. |
Proses mengasingkan daging dari tulang. Memang rumit dan memakan masa yang lama. |
90% daging telah diasingkan dari tulang secara manual |
Tulang tengkorak dan rahang bawah yang normal |
Bahagian rahang bawah yang tidak normal. Terdapat ketumbuhan (tumour) dan tulang tersebut agak reput perlu dilakukan 'reconstruction' untuk kelihatan seperti normal.
|
Saturday, 31 August 2013
Proses Pengeringan Awetan Haiwan
Proses pengeringan bahan awetan merupakan proses yang terakhir di mana bahan awetan tersebut perlu bebas daripada air ataupun kelembapan. Proses ini dilakukan dengan cara membiarkan awetan tersebut kering secara perlahan-lahan pada suhu bilik (room temperature) atau diletakkan di kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik sehingga kering (air dried). Jangan sesekali bahan awetan di jemur di bawah cahaya matahari yang terik, atau diletakkan pada tempat yang panas dalam jangkamasa yang lama ini adalah kerana kehilangan air atau kelembapan secara drastik boleh merosakkan awetan tersebut dan warnanya akan luntur serta kelihatan tidak menarik. Saya hanya menggunakan cahaya matahari waktu pagi apabila menyembur 'lacquer' terhadap awetan-awetan bagi kerja-kerja terakhir. Biasanya saya akan biarkan awetan tersebut kering secara perlahan-lahan pada suhu bilik sambil memperbaiki posisi awetan tersebut selama beberapa hari. Sekiranya awetan terlalu kering ia akan menjadi rapuh dan mudah patah, jadi saya akan menyembur air biasa pada tempat-tempat yang akan diperbetulkan supaya menjadi lembut dan mudah dibentukkan tanpa menghadapi risiko patah, terkoyak ataupun rosak.
Proses mengeringkan awetan dilakukan pada di kawasan yang terbuka (workshop saya dibelakang rumah) |
Monday, 26 August 2013
Taksidermi Reptilia 3 : Albino Chinese Soft-shelled Turtle (Pelodiscus sinensis)
Bagi saya tuntung sungai atau River terrapin (Batagur baska) dan juga labi-labi atau Chinese soft-shelled turtle (Pelodiscus sinensis) merupakan haiwan reptilia yang paling rumit untuk diawetkan, kerana kulitnya terlalu nipis, walaupun labi-labi mempunyai karapas atau cangkerang yang dikatakan lembut, akan tetapi ia sebenarnya agak keras manakala tuntung sungai pula mempunya karapas yang sangat keras dan berat (ia sebenarnya merupakan tulang belakang bagi haiwan tersebut). Proses taksidermi haiwan ini dilakukan seperti biasa tetapi semasa proses pengulitan perlu dilakukan dengan amat berhati-hati kerana kulitnya terlalu mudah terkoyak atau terpotong. Gambar dibawah menunjukkan bagaimana teknik yang saya gunakan untuk membelah dan menjahit semula haiwan reptilia tersebut.
Soft-shelled turtle yang hampir siap |
Matamata turtle (Chelus fimbriata) yang telah saya awetkan |
Pandangan dorsal Matamata turtle |
Tuntung sungai (River Terrapin) - Pusat Konservasi Tuntung Sungai di Bota, Perak |
Cangkerang Tuntung Sungai (hakmilik Pusat Konservasi Tuntung Sungai Bota, Perak) |
Sunday, 25 August 2013
Taksidermi Reptilia 2 : Irian Jaya Blue-Tongued Skink (Tiliqua sp)
Haiwan ini merupakan Blue-Tongued skink yang kedua yang saya awetkan. Proses mengawet haiwan agak rumit kerana ia mempunyai kulit yang sangat nipis dan diselaputi oleh sisik yang nipis agak keras. Sisik haiwan reptilia ini hampir sama seperti sisik ular, cuma sisik ular nipis, berlapis-lapis dan lembut Semasa menguliti haiwan ini saya perlu berhati-hati kerana satu pertiga daripada panjang ekornya berkecenderungan untuk putus. Blue-Tongued skink yang pernah saya awetkan dahulu ekornya hampir putus semasa proses mengulit, untuk mengatasi masalah ini, saya menggunakan super glue untuk menyambung semula ekornya dan meneruskan proses pengulitan seperti biasa. Proses pengulitan dan mengikis daging dilakukan seperti haiwan lain dan yang penting sekali lemak yang tebal terdapat pada bahagian ekor perlu dibuang sebanyak yang mungkin. Selepas mengasingkan daging daripada kulit, saya mencucinya dengan cecair pencuci pinggan untuk membuang kesan minyak selepas itu saya menaburkan sedikit sodium karbonat untuk menghilangkan kesan minyak yang masih ada dan bilas dengan air biasa sebelum menaburkan bahan pengawet untuk mengawetnya.
Blue-tongued skink yang telah mati.Pandangan dorsoventral |
Letakkan haiwan tersebut pada posisi ventrodorsal |
Mula membuat belahan dalam satu garisan lurus bermula dari bahagian kepala (lower jaw/mandible) hingga ke bahagian ekor dan buang semua organ dalaman termasuk lidah, mata dan otak. |
Mulakan proses mengulit dari bahagian tepi sehingga ke bahagian tulang belakang. |
Pandangan dorsal kulit yang telah diasingkan daripada tulang rangka dan juga daging |
Selepas dibersihkan dari kesan minyak dan lemak,bahan pengawet ditabur sehingga rata pada semua bahagian kulit |
Biarkan bahan pengawet meresap masuk kedalam kulit dengan menyemburkan sedikit air (untuk melarutkan bahan pengawet tersebut) dan dibiarkan semalaman sebelum melakukan proses yang seterusnya |
Proses mengisi dan membentuk badan haiwan tersebut dilakukan secara serentak iaitu menjahit semula kulit tersebut dan membuat pengisian secara berselang seli. |
Irian Jaya Blue-tongued Skink (Tiliqua sp) yang telah diawetkan ini adalah milik Mr. Francis dari Kuala Lumpur, beliau adalah peminat haiwan eksotik yang ekstrim. Beliau juga telah menghantar banyak haiwan peliharaan eksotik kepada saya untuk diawetkan.
Saturday, 24 August 2013
Taksidermi Reptilia 1: Bearded Dragon (Pogona vitticeps)
Gambar-gambar di bawah menunjukkan cara dan bagaimana saya mengawet seekor 'Bearded Dragon'. Saya menggunakan bahan pengawet khas untuk haiwan reptilia dan bahan khas sebagai bahan isian (stuffing material). Selain daripada itu 'coco peat' atau gentian asli seperti kapas, kekabu dan sebagainya, 'paper mache' dan 'foam' boleh juga digunakan sebagai bahan isian.
Apa yang anda perlukan adalah seekor haiwan yang telah mati secara semulajadi yang berada dalam keadaan baik serta sempurna dan bukan 'dimatikan' dan sebilah skalpel |
Letakkan haiwan tersebut pada posisi ventrodorsal (terlentang) dan buatkan satu insisi atau belahan bermula dari bahagian kepala hingga kehujung ekor dalam satu garisan yang lurus. |
Taburkan bahan pengawet secara menyeluruh dan rata pada kulit haiwan tersebut. |
Biarkan bahan pengawet pada kulit tersebut semalaman supaya ia dapat menyerap secara menyeluruh kedalam kulit haiwan tersebut |
Selepas bahan isian telah diisikan dan kulit itu dijahitkan semula sehingga bentuk badan haiwan tersebut telah terbentuk |
Tentukan posisi haiwan yang telah siap dijahit dan diisi seperti yang dikehendaki |
Pandangan dari atas untuk menentukan posisi yang baik supaya ia kelihatan lebih natural |
Pandangan sisi: Posisi yang telah ditentukan sebelum kerja-kerja akhir atau 'finishing' dilakukan |
p/s
Sekiranya terdapat daging atau lemak tidak dapat dibuang sepenuhnya pada bahagian-bahagian yang tertentu, suntikkan larutan formalin pada bahagian tersebut. Lakukan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.
Wednesday, 21 August 2013
Eksperimen Menyamak Kulit Ikan Siakap (Lates calcarifer)
Ini merupakan eksperimen sulung saya dalam mencari formulasi penyamakan yang sesuai untuk mengawet atau menyamak kulit ikan. Dalam eksperimen ini saya telah menyamak kulit ikan siakap dengan menggunakan kaedah "chrome tanning". Setelah membersihkan kulit ikan tersebut dari isinya, saya terus rendam dalam larutan penyamak selama seminggu. Akan tetapi hasil yang diperolehi tidak seperti yang dijangkakan. Kulit tersebut tersamak dengan baik, malangnya apabila kering kulit ikan tersebut menjadi terlalu keras dan tidak praktikal untuk dijadikan apa-apa produk kecuali sebagai bahan pameran.
Kulit ikan siakap (pandangan bahagian luar kulit/bahagian sisik) yang telah disamak dengan 'chromium sulfate' |
Bahagian isi kulit ikan siakap. |
p/s
Ternyata eksperimen saya kali ini menemui keGAGALan!.
Rasuk Mengulit (Fleshing Beam)
Rasuk mengulit kecil (mini fleshing beam), pisau mengulit (fleshing knife) dan papan mengulit (fleshing board) |
Alang atau rasuk mengulit (fleshing beam) merupakan satu peralatan atau binaan yang ringkas yang digunakan untuk menyangga kulit bagi memudahkan kerja-kerja mengulit dan juga dalam proses membuang bulu (dehairing). Ia boleh diperbuat dari bongkah kayu, papan tebal, batang kayu dan juga paip PVC. Sekiranya anda ingin membuat rasuk ini daripada kayu atau papan, permukaan bahan tersebut perlu dilicinkan terlebih dahulu, ini adalah kerana permukaan yang kasar, berlubang atau berbonjol boleh menyebabkan kulit akan terkoyak apabila anda menggunakan pisau mengulit untuk mengikis bahagian daging pada kulit. Rasuk ini boleh dibina dengan pelbagai saiz berdasarkan saiz kulit yang akan dikikis daging serta isinya. Saya menggunakan 2 jenis bahan untuk membina rasuk ini, iaitu daripada paip PVC dan kayu. Biasanya saya menggunakan paip PVC untuk melakukan kerja-kerja mengulit kulit yang tebal dan bersaiz besar dan rasuk kecil yang boleh diletakkan di atas meja bagi kerja-kerja mengulit kulit-kulit haiwan yang bersaiz kecil. Jarang sekali saya menggunakan meja atau melakukan kerja-kerja mengulit di atas lantai, kerana proses mengulit sangat memenatkan dan saya perlu melakukannya pada posisi yang selesa. Lagipun proses mengulit akan menjadi lebih cepat dan senang dengan menggunakan rasuk mengulit ini dan yang paling penting belakang dan kaki tidak lenguh atau sakit semasa melakukan proses pengulitan.
Pandangan sisi rasuk mengulit kecil dan juga pisau mengulit (fleshing knife) |
Papan mengulit (fleshing board). |
Rasuk mengulit yang diperbuat daripada paip PVC kegemaran saya. |
Rasuk mengulit kecil dan papan mengulit(kedua-duanya diperbuat daripada kayu pine) |
Cara menggunakan papan mengulit (ditopang dengan tripod) |
p/s
Rasuk Mengulit - macam pelik jer bunyi hasil dari direct translation untuk perkataan "fleshing beam" daripada Google Translation...harap maaf!
Rasuk Mengulit - macam pelik jer bunyi hasil dari direct translation untuk perkataan "fleshing beam" daripada Google Translation...harap maaf!
Subscribe to:
Posts (Atom)