Penyediaan tulang rangka ini merupakan projek saya dengan UPSI. Pada mulanya saya cuba mengawet/taksidermi rusa ini, malangnya keadaan kulit yang penuh dengan kesan luka dan parut serta bulu rusa tersebut sudah mula mengalami keguguran (hair slippage), jadi saya syorkan kepada pihak UPSI supaya dilakukan tanning untuk menyelamatkan bulu tersebut dari terus gugur dan membuat penyediaan tulang rangka. Penyediaan tulang rangka agak memakan masa yang lama kerana rusa tersebut perlu dikuliti kulitnya terlebih dahulu dan dagingnya diasingkan dari tulangnya sebelum diperapkan dengan bahan pengawet untuk membersihkan tulang dari daging secara menyeluruh sebelum direndam sehingga daging terpisah dari tulang sepenuhnya. Saya menggunakan kaedah atau teknik dikenali sebagai 'maceration'. Kaedah ini agak cepat jika dibandingkan dengan cara menguburkan tulang tersebut dalam tanah, tapi baunya amatlah tidak menyenangkan saya dan juga jiran tetangga dan juga menarik perhatian anjing liar dan gagak.
Rusa bintik yang telah mati. Saya diberitahu bahawa rusa ini mati disebabkan oleh bergaduh. Sayangnya tanduknya telah dipotong sebelum dihantar kepada saya. |
Proses mengasingkan daging dari tulang. Memang rumit dan memakan masa yang lama. |
90% daging telah diasingkan dari tulang secara manual |
Tulang tengkorak dan rahang bawah yang normal |
Bahagian rahang bawah yang tidak normal. Terdapat ketumbuhan (tumour) dan tulang tersebut agak reput perlu dilakukan 'reconstruction' untuk kelihatan seperti normal.
|
No comments:
Post a Comment
Komen dan kritikan dialu-alukan.