Mengulit Ular Sawa Burma (Albino) |
Menguliti ular untuk mengasingkan kulit dengan daging perlu dilakukan dengan berhati-hati sekiranya anda menggunakan scalpel. Ini adalah kerana bilah scalpel sangat tajam dan kulit ular mudah terkoyak atau luka. Terdapat 2 jenis kaedah mengulit ular dan ianya bergantung kepada pemilik ular berkenaan bagaimana kulit tersebut akan digunakan atau dipamerkan.
Kaedah 1:
Memulakan potongan dari bahagian dorsal (bahagian atas) ular tersebut. Dalam kaedah ini kulit bahagian kepala ular tersebut tidak akan digunakan. Mulakan potongan dari bahagian leher setelah bahagian kepala dipotong dan mulakan pengulitan dari bahagian atas sehingga bawah di sebelah kanan dan dikuti dibahagian kiri pula sehingga kulit tersebut terpisah sepenuhnya dari daging.
Kaedah 2:
Mulakan potongan dari bahagian anal (dubur) ke bahagian kepala dan mulakan proses pengulitan seperti biasa. Dalam kaedah mengulit ini, semua bahagian akan digunakan untuk tanning. Secara peribadi, saya lebih gemar menggunakan kaedah yang kedua ini kerana corak bahagian dorsal kulit tersebut dapat dipamerkan sepenuhnya termasuklah bahagian kulit kepala ular tersebut.
Nota:
Ular yang dipamerkan dalam gambar diatas dimiliki oleh Reptile World, i-City (mati secara semulajadi bukan ditangkap atau dimatikan)
Nota:
Ular yang dipamerkan dalam gambar diatas dimiliki oleh Reptile World, i-City (mati secara semulajadi bukan ditangkap atau dimatikan)
No comments:
Post a Comment
Komen dan kritikan dialu-alukan.