Kerosakan pada kulit adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti parut, cacing, kurap, sengkenit, luka hemoraj, haba, pereputan dan sebagainya. Faktor-faktor inilah yang menyebabkan kulit yang akan di samak tidak berkualiti dan tidak mendatangkan hasil seperti yang dikehendaki. Selain daripada faktor fizikal, umur, jantina dan masa juga memainkan peranan penting. Sebagai contoh, lebih muda haiwan tersebut maka lebih licin dan halus tekstur kulit dan sebaliknya. Secara amnya haiwan betina mempunyai struktur permukaan kulit (grain) yang lebih halus berbanding dengan haiwan jantan. Faktor pemakanan juga turut mempengaruhi kualiti kulit. Diet yang tidak mencukupi atau tidak seimbang akan menyebabkan kulit menjadi nipis, dan mempunyai struktur tidak kuat manakala diet yang berlebihan pula akan memberikan kulit yang berlemak, berminyak dan juga mempunyai struktur yang lemah. Keadaan kulit yang didapati akan menentukan sebaik mana kualiti kulit tersebut di samak atau diawetkan.
No comments:
Post a Comment
Komen dan kritikan dialu-alukan.