Sunday, 1 September 2019

Taksidermi Caiman

Salam........

Saya rasa sudah lama tidak mengemaskini blog ini..hampir 3 tahun!!!.Post kali ini berkenaan dengan taksidermi reptilia Caiman. Untuk pengetahuan anda semua, Caiman merupakan haiwan reptilia yang berasal dari Amerika Selatan. Bentuk serta paras rupa Caiman ini mirip kepada buaya yang ada di negara kita cuma saiznya agak kecil berbanding dengan buaya tembaga, buaya julung-julung, gharial dan alligator. Dari segi anatomi reptilia caiman ini sangat mirip kepada keluarga reptilia yang telah saya sebut di atas cuma hanya sedikit berbeza dari segi  struktur kulit dan sisik pada bahagian atas (scutum) dan bahagian bawah. Kedua-dua bahagian ini sangat keras seperti tulang dan cuma pada bahagian sisi agak lembut seperti struktur kulit biasa. Seolah-olah seperti penyu atau kura-kura.

Proses taksidermi untuk haiwan ini pada mulanya agak sukar kerana saya terpaksa menggunakan alat pemotong seperti 'grinder' yang bersaiz kecil untuk membelah bahagian perut. Selepas proses pengasingan daging dan juga organ dalaman daripada kulit, bahagian kulit  tersebut dilumuri dengan bahan pengawet dan juga formaldehid disuntikkan pada bahagian yang tidak dapat dibuang daging. 

Proses seterusnya ialah mengisi bahan isian (stuffing material) yang telah dicampur dengan serbuk bahan pengawet sambil membentuk  'gesture' seperti yang dikehendaki. 

Gambar berikut adalah proses pengeringan dan juga pembentukkan  posisi yang sesuai sebelum menjalani proses yang terakhir iaitu mewarnakan untuk kelihatan seperti asal.





No comments:

Post a Comment

Komen dan kritikan dialu-alukan.