Peralatan yang gunakan untuk membuat taksidermi ikan. Kebanyakkannya boleh dibuat sendiri, contohnya seperti pisau untuk mengulit, memotong tulang dan tendon serta membuang isi ikan. Anda perlu kreatif merekabentuk peralatan yang sesuai untuk tujuan yang tertentu bagi memudah kerja-kerja taksidermi dilakukan. Bagi kerja-kerja jahitan, gunakan jarum yang tebal dan dental floss sebagai ganti kepada benang. Tali pancing, benang kapas atau benang nylon merupakan bahan jahitan kurang sesuai digunakan kerana terlalu kesat, tajam dan boleh menyebabkan kulit ikan yang akan dijahit terkoyak. Dental floss adalah bahan yang paling sesuai kerana ianya licin dan biasanya diselaputi lilin atau wax dan tidak cenderung memotong kulit ikan malahan menghasilkan jahitan yang kemas dan juga kesan jahitan tidak kelihatan begitu ketara. Selamat mencuba!
Saturday, 16 February 2013
Peralatan Asas Untuk Taksidermi Ikan
Wednesday, 13 February 2013
Chrome Tanned Rabbit Fur
Setelah sekian lama mencari bahan samak kulit 'chrome alum', akhirnya saya telah berjaya mendapatkannya dari pembekal. Harganya memang mahal, tapi hasil yang diperolehi amat memuaskan hati. Untuk menyamak kulit dengan menggunakan kaedah ini, anda perlu berhati-hati kerana bahan ini hanya boleh digunakan sekali sahaja untuk setiap bancuhan, sekiranya tersalah bancuhan atau tidak mengikut sukatan dengan betul, kulit yang telah disamak akan rosak tidak boleh digunakan lagi. Air dan bahan-bahan campuran yang lain perlu disukat dengan tepat dan betul. Kulit yang telah disamak menjadi lebih kenyal, kuat dan lembut. Bahan ini mengkakis (corrosive). Sisanya perlu dibuang dengan betul supaya tidak mencemar alam sekitar atau dimakan haiwan,walaupun tidak boleh membunuh tapi boleh memudaratkan sekiranya tersentuh dengan kulit atau tertelan. Bagi saya, tanning menggunakan chrome alum adalah kaedah sintetik yang terbaik.
p/s
Pastikan anda memakai sarung tangan getah (latex glove) semasa mengendalikan 'chrome alum' dan juga bahan-bahan kimia yang lain sebagai langkah-langkah keselamatan.
Saturday, 9 February 2013
Projek Taksidermi Ikan Di Freshwater Fishery Research Institute, Gelami Lemi
FRI |
Ikan-ikan yang telah hampir siap di awet (awetan kering). |
Dari kiri, ikan patin buah, Jelawat sungai, Tengalan dan Temoleh yang telah 90% siap diawetkan |
Koleksi awetan basah Unit Repositori FRI. |
Untuk mendapatkan hasil taksidermi ikan yang terbaik dan berkualiti, sampel yang diperolehi harus segar. Ikan yang telah dibekukan di dalam peti sejuk juga boleh diawetkan dengan baik sekiranya ia dibalut dengan plastik terlebih dahulu sebelum dibekukan. Ikan yang tidak dibalut dan terus dibekukan tidak akan menghasilkan awetan/taksidermi yang baik kerana sisik lebih mudah tertanggal dan ais akan merosakkan struktur kulit, sirip dan juga sisik.
p/s
Saya menggunakan minyak cengkih (clove oil) untuk mematikan ikan yang masih hidup sebelum diawetkan. Caranya, titiska 2-3 titik minyak cengkih ke dalam bekas yang berisi air, masukkan ikan yang baru ditangkap. Ikan tersebut akan pengsan selepas 30-50 saat.
p/s
Saya menggunakan minyak cengkih (clove oil) untuk mematikan ikan yang masih hidup sebelum diawetkan. Caranya, titiska 2-3 titik minyak cengkih ke dalam bekas yang berisi air, masukkan ikan yang baru ditangkap. Ikan tersebut akan pengsan selepas 30-50 saat.
Labels:
Taksidermi Ikan
Location:
Jelebu, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)