Monday, 19 November 2012

Merawat Kulit dan Belulang

Perawatan (Curing)

Tujuan perawatan dilakukan adalah untuk mencegah kulit yang baru dilapah daripada dijangkiti bakteria dan fungus dan juga membolehkan kulit tersebut disimpan lebih lama sebelum di samak.

Kaedah-kaedah Perawatan

1. Pengeringan
Pengeringan yang dimaksudkan ialah dengan menggunakan angin atau digantung pada tempat yang    mempunyai sistem pengudaraan yang baik.



2. Penggaraman

- menabur garam sehingga rata pada kulit

- merendam dalam air garam (brining) iaitu 3.5 -26% garam dalam air


3. Penjerukkan (pickling)

- merendam kulit dalam larutan yang mengadungi 15% garam biasa dan 2% asid sulfurik (peratusan berdasarkan kepada berat  basah kulit.


Disinfeksi

Kulit mentah yang baru dilapah hendaklah dibasuh atau direndam terlebih dahulu dengan bahan disinfektan antibakteria dan antifungus.


Penyejukbekuan

Kulit mentah  yang telah dibersihkan juga boleh disimpan dalam tempat sejukbeku (freezer). Sebelum kulit tersebut disimpan, pastikan air disejatkan terlebih dahulu. Kandungan air yang terdapat dalam kulit akan menjadi kristal (tajam) dan ia boleh merosakkan sel-sel kulit dan juga boleh menyebabkan bulu gugur serta struktur kulit  rosak. Seeloknya kulit yang telah terhidrat dimasukkan kedalam beg plastik sebelum di simpan di dalam peti sejukbeku. Kulit yang telah disejukbekukan akan tahan selama beberapa tahun dan strukturnya tidak akan mengalami sebarang perubahan atau kerosakkan.

No comments:

Post a Comment

Komen dan kritikan dialu-alukan.