Tujuan perawatan dilakukan adalah untuk mencegah kulit yang baru dilapah daripada dijangkiti bakteria dan fungus dan juga membolehkan kulit tersebut disimpan lebih lama sebelum di samak.
Kaedah-kaedah Perawatan
1. Pengeringan
Pengeringan yang dimaksudkan ialah dengan menggunakan angin atau digantung pada tempat yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik.
2. Penggaraman
- menabur garam sehingga rata pada kulit
- merendam dalam air garam (brining) iaitu 3.5 -26% garam dalam air
3. Penjerukkan (pickling)
- merendam kulit dalam larutan yang mengadungi 15% garam biasa dan 2% asid sulfurik (peratusan berdasarkan kepada berat basah kulit.
Disinfeksi
Kulit mentah yang baru dilapah hendaklah dibasuh atau direndam terlebih dahulu dengan bahan disinfektan antibakteria dan antifungus.
Penyejukbekuan
Kulit mentah yang telah dibersihkan juga boleh disimpan dalam tempat sejukbeku (freezer). Sebelum kulit tersebut disimpan, pastikan air disejatkan terlebih dahulu. Kandungan air yang terdapat dalam kulit akan menjadi kristal (tajam) dan ia boleh merosakkan sel-sel kulit dan juga boleh menyebabkan bulu gugur serta struktur kulit rosak. Seeloknya kulit yang telah terhidrat dimasukkan kedalam beg plastik sebelum di simpan di dalam peti sejukbeku. Kulit yang telah disejukbekukan akan tahan selama beberapa tahun dan strukturnya tidak akan mengalami sebarang perubahan atau kerosakkan.