Friday, 16 October 2015

Taksidermi Ikan Arowana

Post hari ini berkenaan dengan taksidermi ikan arowana. Ikan arowana mempunyai sisik yang tebal dan keras serta kulitnya yang agak nipis. Untuk mengelakkan sisiknya tertanggal semasa proses mengulit, saya menanggalkan sisik-sisik pada bahagian yang akan dipotong, seterusnya saya membuat satu potongan yang lurus dari bahagian ekor hingga ke bahagian tulang kolar insang. Potongan yang dibuat adalah selari dengan garisan lateral (lateral line) pada bahagian badan ikan. setelah selesai membuang semua organ dalaman dan isi ikan, saya meletakkan bahan pengawet dan bahan isian untuk membentuk semula badan ikan dan seterusnya bahagian yang dipotong itu dijahitkan semula dan sisik-sisik yang ditanggalkan tadi di gam semula untuk menutup benang dan kesan jahitan.






Proses pengeringan dilakukan pada suhu bilik


Ikan yang telah kering disimpan dalam akuarium untuk mengelakkan daripada terlalu kering sebelum kerja-kerja pewarnaan semula dilakukan



Proses mewarnakan semula ikan tersebut

Sunday, 11 October 2015

Memasang Ladam Kuda

Post kali ini berkenaan dengan pemasangan ladam kuda. Kerja memasang ladam kuda sangat meletihkan sebab saya terpaksa membongkokkan badan ketika memotong kuku atau hoof, membersihkan tapak (paring) iaitu membuang tisu-tisu yang mati, mengasah (rasping), memasang dan memaku  ladam (fitting and nailing) dan mengemas paku  (clinching). Kerja memasang ladam kuda ini merupakan aktiviti sambilan saya.

Membersihkan tapak (sole paring) menggunakan pisau khas yang dikenali sebagai "hoof knife" atau "paring knife"





Memotong kuku atau hoof menggunakan "hoof nippers"




Mengukur saiz ladam dan memastikan ianya mengikut saiz tapak kuku
Membentuk ladam supaya ianya bertepatan dengan saiz kuku


Memastikan tapak kuku tersebut rata supaya ladam dapat dipakukan dengan sempurna

Meluruskan "quarter branch" pada ladam

Cara memaku ladam pada tapak kuku




Cara memegang paku supaya ia dapat dipakukan pada hoof dengan betul


Membengkokkan paku atau "clinching" menggunakan "nail clincher"
Mengemaskan hujung paku supaya ianya tidak membonjol keluar dengan menggunakan kikir atau "farrier's rasp"














Wednesday, 23 September 2015

Kursus Kurasi Tulang di IBD Lanchang

Inilah kali pertama saya dijemput sebagai tenaga pengajar untuk kursus kurasi tulang yang pertama kali diadakan di Institut Biodiversiti Lanchang, Pahang - Terima kasih diucapkan kepada pihak IBD Lanchang kerana memberi kepercayaan terhadap saya bagi menjayakan kursus ini. Tahniah kepada semua peserta kursus yang telah hadir dan selamat maju jaya.

Tulang Beruang Matahari atau Malayan Sun Bear (Helarctos malayanus) - tidak lengkap


Tulang Harimau Malaya atau Malayan Tiger (Panthera tigris jacksoni)



Projek Kurasi Tulang Gajah Asia (Asian Elephant Skeletons Mounting Project)

Gajah Asia (Elephas maximus)
Cranium dan antebrachium (radius dan ulna)











Formulasi tulang gajah Asia

Cervical --- 7
Thoracic --- 19 - 20
Lumbar --- 4 - 5
Sacrum --- 4
Coccygeal --- 24 -33
Ribs -- 19 - 20 (6 sternal, 9 asternal dan 4-6 floating)
Toes --- 5 hadapan dan 4 belakang

Nota:
Sternal - tulang rusuk (ribs) yang bercantum secara terus dengan sternum (tulang dada)
Asternal - tulang rusuk yang tidak bercantum secara terus dengan tulang sternum tetapi bercantum dengan tulang-tulang rusuk sternal 
Floating - tulang rusuk yang tidak bercantum dengan tulang rusuk yang lain

*Tulang-tulang gajah tersebut dipinjamkan kepada saya untuk dicantumkan semula dan ianya dimiliki  secara sah dan sepenuhnya oleh  Muzium Alam Semulajadi Putrajaya. Saya dimaklumkan bahawa gajah tersebut telah mati akibat dirempuh keretapi di Labis, Johor.

Friday, 20 February 2015

Taksidermi Burung Macaw



Pemilik burung: Mr. Lee dari Batu Pahat, Johor.