Wednesday, 2 January 2013

Penyediaan Tengkorak (Skull Mounting)

Skull Mounting merupakan perhiasan ataupun trofi bagi kebanyakkan pemburu dan pengumpul. Cara untuk membuat skull mounting ini tidaklah begitu rumit, cuma ia memerlukan kesabaran kerana ia perlu melalui beberapa proses seperti berikut:

1. Bersihkan kepala haiwan tersebut dengan membuang kulit, daging dan otak.

2. Masak air sehingga mendidih dan setelah mendidih padamkan api.

3. Masukkan tengkorak yang separa bersih tersebut kedalam air yang telah dididihkan tadi. Biarkan selama beberapa jam. Sehingga air tersebut sejuk. 

4. Keluarkan tengkorak tersebut dah kikis daging/isi yang masih terlekat padanya. (daging lebih mudah ditanggalkan).

5. Ulangi proses (1- 4) sehingga isi serta tulang rawan betul-betul tertanggal dari tulang tengkorak tersebut. Pastikan anda tidak merebus tengkorak, kerana struktur tulang tengkorak tersebut akan menjadi lemah dan mengecut sekiranya di rebus terlalu lama.

6. Untuk mencantikkan dan memutihkan tengkorak tersebut, ada perlu melunturkannya dengan menggunakan bahan peluntur khas untuk tulang dengan cara menyapu bahan kimia tersebut secara terus ataupun dengan merendamnya dalam air yang dicampur dengan bahan kimia tersebut pada kadar nisbah yang sama selama beberapa hari.





Selamat Mencuba!